Tentera Russia Bebaskan Penduduk Beragama Islam Dari Tahanan Azov Ukraine – Igor

- Advertisement -

MOSCOW – Tentera Russia berjaya membebaskan dan menyelamatkan sejumlah penduduk Islam yang ditahan di sebuah masjid di bandar Mariupol, Ukraine, kata jurucakap Kementerian Pertahanannya, Igor Konashenkov.

Beliau berkata, penduduk Islam itu ditahan oleh pasukan bersenjata dikenali sebagai Nazi Ukraine di sebuah masjid.

Operasi pembebasan itu, katanya, dilakukan atas permintaan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Berikutan itu, satu operasi ketenteraan dilakukan di daerah Primorsky Sabtu lalu untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh anggota Nazi Ukraine di masjid berkenaan, mengikut laporan Sputnik.

Untuk rekod, Nazi Ukraine adalah gelaran yang diberikan kepada Batalion Azov Ukraine yang menentang tentera Russia.

Hasil daripada operasi berkenaan, katanya, masjid itu dibuka semula dan seramai 29 militan termasuk askar upahan asing telah terbunuh.

“Semua tebusan, penduduk salah sebuah Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), dibebaskan dan dibawa ke tempat yang selamat,” katanya.

Di daerah Primorsky, terdapat sebuah masjid yang diberi nama sempena bekas pemerintah Turki, Sultan Suleiman.

Pada 24 Februari, Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine dengan alasan bertindak untuk mempertahankan dua wilayah pemisah di timur Ukraine, Donetsk dan Lugansk.

Russia berkata, tujuan operasi itu dilancarkan adalah bagi ‘melucutkan senjata’ Ukraine dan menahan pemimpin neo-Nazi.

Malah, Russia turut menafikan tenteranya menyasarkan orang awam dalam siri serangan berkenaan. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat