Mat Sentol masih mampu berpuasa

- Advertisement -

JOHOR BAHRU: Pelakon dan pelawak veteran, Mat Sentol atau nama sebenar, Abd Rashid Yahaya, 89, bersyukur kesihatannya masih baik dan mampu berjalan biarpun menggunakan tongkat termasuk ketika berkunjung ke bazar Ramadan.

“Masih belum cukup tua, ramai lagi yang tua dan gagah berpuasa.

 

Annuar menunjukkan antara dokumen tulisan jawi yang dihasilkan Mat Sentol. Foto Twitter Annuar Musa
Annuar menunjukkan antara dokumen tulisan jawi yang dihasilkan Mat Sentol. Foto Twitter Annuar Musa

“Alhamdulillah, saya masih mampu berpuasa,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa di kediamannya di Larkin, Johor Bahru, semalam.

Masih keletah dengan lawak jenaka bersahaja, anak kelahiran Muar ini pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic.

Menggemari masakan mi Siam Singapura, Mat Sentol yang tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 60, menghabiskan masa lapang dengan menulis skrip menggunakan tulisan jawi.

Mat Sentul yang pernah aktif menghasilkan iklan televisyen (TV) dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo itu, masih mempunyai daya ingatan kuat.

Malah, bait lagu dan dialog iklan dihasilkannya mampu diingati membuktikan kesihatannya yang baik.

Ketika ditanya adakah bersedia untuk kembali berlakon, Mat Sentol secara spontan menjawab:

“Bila-bila masa,” katanya berseloroh sambil disambut ketawa semua pelawat di kediamannya.

Sementara itu, Annuar berkata, aspirasi perjalanan hasil karya Mat Sentol harus dijadikan aset dan panduan kepada generasi muda.

Sehubungan itu, Annuar berharap pihak berkaitan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)

mengambil langkah tertentu untuk meletakkan kedudukan seniman negara itu di tempat sepatutnya.

“Mat Sentol adalah legenda hidup dan wira tidak didendang yang harus kita hargai.

“Dengan adanya sambutan Hari Seniman setiap 22 Mac, kita harap seniman seperti Mat Sentol ini dikenang dan dihargai,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan pakaian kepada Mat Sentol. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat