Luna Maya hampir menangis di ‘rehearsal’ konsert BTS

- Advertisement -

Jakarta: Selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya hampir menangis akibat terlambat muncul pada sesi ‘rehearsal’ konsert kumpulan dari Korea Selatan, BTS yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat, kelmarin.

“Tadi gue (saya) hampir gagal, gila gue hampir gagal. Gue tadi hampir nangis, ‘oh my god I’m gonna miss itu soundcheck-nya,” tulis Luna di Intagram Story.

Bagaimanapun, Luna Maya tidak menjelaskan apa yang membuat dia hampir terlepas ke sesi latihan itu.

“Hampir ketinggalan ‘soundcheck’,” katanya.

Sebelumnya, nama Luna Maya mencuri tumpuan selepas memuat naik video momen menonton sesi ‘soundcheck’ BTS.

Dalam masa sama, Luna Maya berkongsi perasaan teruja apabila dapat menyaksikan secara langsung penyanyi kegemarannya itu dari jarak dekat.

“HAAAPPPPPYYYYY” tulis Luna Maya dengan sejumlah emoji, termasuk hati ungu yang mewakili peminat BTS.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,598FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat