KUALA LUMPUR, 16 Mac 2025 pengecasan 1,000 kW, BYD mungkin mendominasi pasaran EV global, menjadikan Tesla berdepan cabaranmengecas kenderaan elektrik sepantas mengisi petrol.
Pengasas BYD, Wang Chuanfu, mengumumkan bahawa syarikat itu akan membangunkan rangkaian stesen pengecasan berkelajuan tinggi di seluruh China buat pertama kali. Dengan teknologi “super e-platform”, EV boleh dicas pada kelajuan 1,000 kilowatt (kW), membolehkan kenderaan bergerak sejauh 400km hanya dalam lima minit pengecasan!
“Untuk benar-benar menyelesaikan kebimbangan pengguna terhadap pengecasan, kami telah menetapkan matlamat untuk menjadikan masa pengecasan EV sama pantas dengan masa mengisi petrol,” kata Wang.
Teknologi ini bakal menggandakan kelajuan pengecasan Tesla, yang kini menawarkan pengecas Supercharger sehingga 500 kW.
Model EV Pertama yang Akan Dilengkapi Teknologi Ini
BYD mengesahkan bahawa ciri “super e-platform” akan diperkenalkan terlebih dahulu pada dua model EV mereka iaitu BYD Han L Sedan dan BYD Tang L SUV dengan harga bermula dari 270,000 yuan (~$37,330 / ~RM176,000).
Syarikat itu juga merancang untuk membina lebih 4,000 unit pengecas ultra-pantas di seluruh China bagi menyokong platform baharu ini.
“Ini adalah kali pertama dalam industri bahawa unit pengecasan megawatt telah dicapai,” kata Wang.
Cabaran Besar Buat Tesla?
Berita ini memberi tamparan hebat kepada Tesla, yang kini sedang menghadapi pelbagai cabaran:
– Saham Tesla jatuh 15% pada 10 Mac susulan tindakan Elon Musk yang menyokong gerakan sayap kanan di Eropah.
– Nilai pasaran Tesla susut hampir separuh daripada kemuncaknya pada $1.5 trilion pada Disember lalu.
– Kegagalan mencapai sasaran jualan dan tekanan pelabur meningkat untuk menunaikan janji Musk mengenai kenderaan autonomi, yang masih belum direalisasikan selepas hampir satu dekad.
– Persaingan semakin sengit, terutamanya daripada model EV China yang lebih mampu milik seperti BYD.
Dengan kehadiran teknologi pengecasan 1,000 kW, BYD mungkin mendominasi pasaran EV global, menjadikan Tesla berdepan cabaran lebih besar dalam mengekalkan kedudukannya.