Keputusan Benarkan Penyokong Kembali Ke Stadium Dijangka Diketahui Hari Ini

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memberi bayangan kerajaan akan memberikan kebenaran kepada penyokong kembali menyaksikan acara sukan di stadium dalam masa terdekat.

Pengumuman yang dinanti-nantikan oleh penyokong sukan tanah air terutama penyokong bola sepak, dijangka dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya, hari ini.

Beliau berkata pembentangan cadangan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) diterima dengan baik walaupun ada pihak yang bersikap konservatif.

“Saya tidak mahu mendahului, tetapi Insya Allah esok akan ada, seperti yang saya umumkan sebelum ini, sekurang-kurangnya 10 peratus kapasiti atau formula berasingan mengikut saiz stadium dan permulaannya di dua venue.

“Kemungkinan kawasan berstatus PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) akan menyaksikan jumlah yang jauh lebih tinggi.

“Tapi yang pentingnya saya hendak menyaksikan percubaan awal untuk merancakkan bola sepak dengan kembalinya penonton ke stadium,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan pematuhan kepada SOP penganjuran Liga Hoki Malaysia (MHL) dan pelancaran logo Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) di Stadium Hoki Nasional di sini malam ini.

Reezal Merican berkata pada awalnya, pihak KBS menghadapi kesukaran untuk meyakinkan pihak MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi sekiranya proses percubaan di dua venue yang dipilih berjaya, ia akan menjadi panduan untuk venue-venue lain.

Beliau turut menasihati penonton agar mematuhi SOP yang ditetapkan dan mengawal emosi serta tidak terlalu ghairah sekiranya diberi kebenaran untuk hadir ke stadium kelak.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Olimpik Tokyo: 264 Atlet, Pegawai Terima Vaksin 13 April

SUBANG JAYA: Atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo akan menerima suntikan vaksin COVID-19 seawal 13 April ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal...

England Tempang Tanpa Rashford, Saka

LONDON: Marcus Rashford dan Bukayo Saka diketepikan dari skuad England untuk kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Albania dan Poland, umum Persatuan Bolasepak (FA) England,...

Jadikan Kejayaan All England Perangsang Untuk Bekerja Lebih Keras, Pesan Muhyiddin Kepada Zii Jia

KUALA LUMPUR - Kejayaan manis jaguh perseorangan lelaki negara yang merangkul Kejuaraan Badminton All England 2021 malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...