Perhilitan Buru Buaya Tembaga Jaga Sarang Di Muara Sungai Batu Pahat

- Advertisement -

BATU PAHAT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor melancarkan operasi menangkap seekor buaya tembaga betina yang dilaporkan sedang menjaga telurnya di muara Sungai Batu Pahat, dekat Kampung Parit Kangkung di sini.

Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam yang ternampak buaya berkenaan beberapa kali sebelum ini.

“Aduan pertama diterima pada 10 Mac lalu yang menyatakan buaya berukuran kira-kira tiga meter panjang berkenaan memasuki kebun kelapa sawit berhampiran muara sungai,” katanya ketika dihubungi.

Katanya buaya tersebut akan ditangkap dan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai, manakala 56 bijji telurnya yang ditemukan akan dieram sebelum anak yang menetas dilepaskan ke lokasi lain.

“Ketika operasi hari ini, pihak kami cuba menangkap haiwan itu namun ia melarikan diri, mungkin terkejut dengan kehadiran ramai orang.

“Tetapi kita yakin dalam masa dua atau tiga hari lagi buaya itu akan kembali semula ke sarangnya kerana tabiat buaya akan menjaga sarang dan anak atau telurnya sehingga menetas,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat