‘Bun in the Oven’ penuhi keperluan SULAM Kementerian Pendidikan Tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mementaskan teater yang berjudul “Bun In The Oven” hasil karya Naque Ariffin di bawah program “Dia, Kau dan Aku 1.0” yang diilhamkan oleh penyelaras SULAM fakulti iaitu Dr. Haneem Said bersempena pelaksanaan Projek Service-Learning Malaysia For Society (SULAM).

Projek ini membincangkan tentang isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak bawah umur yang berfokus kepada murid-murid sekolah menengah dan sekolah rendah.

SULAM merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah.

Sehubungan itu, persembahan teater yang menggunakan kaedah teater forum ini adalah rentetan daripada pelaksanaan komponen SULAM yang dijalankan pada 6 hingga 7 Disember 2022 di Rumah Taman Sri Puteri, Batu Gajah Perak iaitu rumah pelindungan kanak-kanak mangsa cabul dan amang seksual di bawah umur.

Naque berkata pelaksanaan komponen tersebut dijalankan oleh 16 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahaan Teater menggunakan kaedah pendekatan dramatika kreatif yang berfokus untuk mendapatkan variasi pengalaman dan latar belakang cerita mangsa pencabulan seksual.

Kemudian jelasnya, data yang diperoleh daripada pelaksanaan komponen ini diolah menjadi sebuah skrip pementasan teater forum dan diteruskan dalam pelaksanan komponen Advokasi dan “Research Based Learning” SULAM.

Hal ini tambahnya lagi selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi dimana SULAM merupakan satu inisiatif transformatif dan fleksibel yang merujuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah.

‘’Isu gangguan seksual dalam kalangan kanak-kanak dan remaja sekolah adalah isu tabu dalam kalangan masyarakat kini.

“Konsep tabu yang saya maksudkan disini merujuk kepada situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat secara sedar namun tindakan dan perhatian masih berada pada
tahap yang rendah menyebabkan kaedah mengawal serta membanteras gejala ini sukar dibendung.

“Kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja adalah satu fasa kehidupan yang indah dan dilalui dengan gelak tawa,” kata pengarah teater prolifik Naque Ariffin yang sebelum ini pernah mengarahkan teater sempena Kemerdekaan Negara pada 2018 dan 2019 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Namun katanya, bagi kebanyakan mangsa gangguan seksual di bawah umur, tragedi tersebut telah menjejaskan kehidupan zaman kanak-kanak, malah berupaya menjadi titik hitam dalam kehidupan mereka.

Justeru katanya tanpa langkah pencegahan awal, titik hitam itu akan berkembang besar dan meninggalkan kesan yang berpanjangan, sekali gus berpotensi mengganggu perkembangan emosi dan mental mereka.

“Maka tidak hairanlah jika mangsa gangguan seksual menunjukkan gejala kemurungan, tekanan dan tingkah laku abnormal seperti mudah hilang fokus, terlalu pendiam dan
menjauhkan diri daripada orang sekeliling.

“Oleh itu saya merasakan teater forum ini amat dekat dengan remaja untuk memberi kefahaman kerana ia melibatkan interaktif agar penonton tidak rasa terasing” jelasnya.

Skrip yang dihasilkan oleh beliau adalah ilham daripada transkripsi yang diperoleh daripada
pengalaman sebenar salah seorang penghuni rumah Taman Sri Puteri.

Kemudian, transkripsi itu dicetuskan secara dramatik melalui persembahan teater forum dengan suntikan elemen teaterikal secara tidak konvensional.

Teater forum ini mengangkat isu kebebasan dan kasih sayang yang di cari oleh remaja, melalui jalan yang salah.

Selesai pementasan teater untuk dijadikan bahan perbincangan, para penonton diajak sama untuk membantu, memperbetulkan apa yang berlaku dengan pelbagai saranan.

Penonton juga diberi peluang untuk berlakon atau membincangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh “mangsa” dalam pementasan tersebut.

Kemudian, pelakon asal akan melakonkan semula berdasarkan maklumbalas penonton.

Projek ini buat pertama kalinya menggabungkan pensyarah-pensyarah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI di bawah arahan Naque Ariffin sendiri dengan gabungan mantap dua orang pelakon iaitu Dr. Haneem Said dan Dr.
Mardiana Ismail.

Koreografi persembahan diselaraskan oleh Encik Raziman Sarbini, manakala kumpulan pemuzik yang terdiri daripada Dr. Colleen Wong, Encik Aiman Ikram dan Puan Lilis Syafiza
Yatim.

Tidak terkecuali dua orang pensyarah teater selaku pereka grafik persembahan iaitu Dr. Fara
Dayana Jufry dan Amsalib Pisali selaku Pengurus Produksi merangkap Pengurus Pentas
persembahan.

Program ini turut mendapat sokongan dengan kehadiran aktivis teater Zakariah Ariffin bersama-sama dengan Rosnan Nordin selaku Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan dan Keseniaan) JKKN, Hidayatul Ein Mohamad Azmi selaku pengarah JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Zaifri Husin, Timbalan Ketua Pengarah (Artistik), Badrul Zaman Abdul Jalil, Timbalan Pengarah Senireka (Sinografi), Moh Azam Rezali Penolong Pengarah Unit Program Khas, Sektor Pembangunan Bahan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kaunselor-kaunselor jemputan, barisan ibu bapa, pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah sekitar Tanjung Malim, Perak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat