Fahmi lancar program rintis teknologi kesihatan masa depan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil melancarkan Program Rintis Future Health for All (FH4A) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini.

Penganjuran FH4A akan dilaksanakan di 20 lokasi terpilih di enam (6) buah negeri yang bermula di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bertujuan mengaplikasikan teknologi terkini dan ketersambungan 5G untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara, memastikan akses yang inklusif dan saksama kepada teknologi kesihatan masa hadapan serta menyokong penyediaan
perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Program ini merupakan kerjasama strategik MCMC dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), ProtectHealth, Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dan KPJ Healthcare Berhad.

Ia mengambil pendekatan progresif dengan mempromosikan teknologi kesihatan masa hadapan melalui program rintis, menyedari peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) memberi impak signifikan kepada ekonomi negara.
Antara pengisian program FH4A ini termasuklah sesi perkongsian masa hadapan penjagaan kesihatan, saringan kesihatan, demonstrasi dan ujian percubaan aplikasi mudah alih secara percuma, pameran produk serta sesi kuiz.

Pelaksanaan program ini ke negeri-negeri lain termasuk di kawasan luar bandar diharapkan dapat memberikan akses perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada rakyat
tanpa mengira lokasi.

Hadir sama ialah wakil rakan-rakan strategik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat