Syed Saddiq tukar peguam baharu untuk rayuan kes

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Rayuan itu terhadap sabitan serta hukuman penjara, denda dan rotan, bagi kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

Peguam Syed Saddiq, Alex Tan Chie Sian daripada firma Messrs Wong Kian Kheong ketika berkata, bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin dan peguam kanan Datuk Hisyam Teh Poh Teik akan mewakili bekas presiden parti Muda itu dalam rayuannya.

Beliau berkata, firma Messrs Wong Kian Kheong akan mengambil alih tanggungjawab sebagai peguam cara Syed Saddiq dalam rayuan itu, dengan Mohd Yusof sebagai peguam utama, lapor Bernama.

Pengurusan kes hari ini berlangsung di hadapan penolong kanan pendaftar Nurul Azrina Mohamed yang menetapkan 15 Mac sebagai tarikh pengurusan kes yang baharu, apabila rekod rayuan dan alasan penghakiman belum disiapkan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd ‘Afif Ali mewakili pihak pendakwaan pada pengurusan kes hari ini, manakala Tan mewakili Syed Saddiq.

Peguam utama Syed Saddiq sebelum ini Gobind Singh Deo kini memegang jawatan sebagai Menteri Digital susulan rombakan Kabinet pada 12 Dis lalu.

Pada 9 Nov lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta, dan dua sebatan terhadap Syed Saddiq selepas disabit dengan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang.

Syed Saddiq, 30, yang merupakan Menteri Belia dan Sukan dari 2018 hingga 2020, didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali yang diamanahkan dengan dana Armada berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dia didakwa menyalahguna harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu.

Bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 AMLATFPUAA), dia didakwa melakukan aktiviti pengubahan wang haram dengan memindahkan wang masing-masing RM50,000 dipercayai hasil daripada aktiviti haram dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya, ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat