Polis Siasat Kes Lelaki Dipukul Sekumpulan Individu Di Pusat Beli Belah

- Advertisement -

IPOH – Polis menyiasat video tular di media sosial yang memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul sekumpulan individu lain, dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, video terbabit disebarkan oleh pemilik akaun laman media sosial Facebook bernama Melvin Zheng Wenxin sehingga mendapat perhatian umum.

“Polis mengesahkan satu laporan polis diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pada masa yang sama, siasatan dijalankan bagi mengesan individu yang terbabit dalam kejadian itu untuk membantu siasatan,” katanya.

Yahaya, sehubungan dengan itu, orang awam disarankan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini kerana ia akan menjejaskan siasatan polis.

“Kita ingin menyeru kepada mangsa dalam kes ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian terbabit untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan Norshaharah Marzuki di talian 012-5077026 bagi membantu siasatan polis.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi satu minit lima saat memaparkan video seorang lelaki dipukul sekumpulan individu. – HMetro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat