MB Terengganu calon PN PRK Kemaman

- Advertisement -

KEMAMAN: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  sebagai calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS Pusat menerima lima nama untuk dipilih sebagai calon bagi PRK Parlimen Kemaman.

Jelasnya, kajian demi kajian dibuat kerana semua calon itu hebat belaka.

“Maka dengan ini saya mewakili Tuan Guru Presiden mengumumkan calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL dalam pilihan raya P.040 Kemaman ialah Yang Amat Berhormat Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar,” ujarnya pada majlis Ceramah Perdana Majlis Pengisytiharan Calon PAS PRK P.040 Kemaman di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square, di sini, sebentar tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa, Pengerusi Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris, Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri, Dato’ Saiful Bahri Mamat dan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember manakala tarikh penamaan calon pula pada 18 November ini.

Undi awal pula ditetapkan pada 28 November.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat