G70 Tidak Wakili Keseluruhan Profesor Di Malaysia Kata Perdana Menteri

- Advertisement -

BERA – 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 yang menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mewakili keseluruhan profesor seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu beliau telah berkomunikasi dengan Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan beliau menegaskan G70 tidak mewakili semua profesor.

“Itu tidak tepat, saya difahamkan kenyataan itu tidak mewakili Majlis Profesor Negara ia cuma sebahagian. Ia tidak mewakili seluruh profesor dalam Malaysia.

“Semalam saya berkomunikasi dengan Presiden Majlis Profesor Negara, itu bukan mewakili keseluruhn profesor yang ada, biasalah di dalam pertubuhan pun ada yang menyokong ada yang tidak menyokong,” tegas Perdana Menteri ketika ditemui media ketika menghadiri pelancaran semarak Uniti Keluarga Malaysia di Laman Kerayong pada Khamis.

Menurut Ismail Sabri, kenyataan G70 itu ternyata mengelirukan seolah-olah semua profesor menyokong Anwar jadi Perdana Menteri.

“Jelas sekali ia tak mewakili keseluruhan profesor negara. Sangat menglirukan seolah-olah seluruh profesor menyokong Anwar sebenarnya itu tidak.

“Mereka (MPN) akan buat kenyataan juga, mereka akan menafikan kenyataan itu mewakili seluruh profesor negara,” ujar Perdana Menteri.

Semalam G70 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri berdasarkan kredibiliti dan rekod prestasinya yang cemerlang.

Jurucakap Deklarasi Profesor Melayu G70, Prof Datuk Dr Ir Wan Ramli Wan Daud, berkara Anwar adalah satu-satunya tokoh dengan kewibawaan dan pengalaman serta integriti yang mampu memimpin masyarakat majmuk.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat