Semua Agensi Sedia Sepenuhnya Hadapi Monsun Timur Laut – PM

- Advertisement -

BERA- Kerajaan sudah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Kebangsaan susulan banjir di beberapa negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, JPB peringkat negeri dan daerah juga kini telah digerakkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di lokasi terjejas.

Jelas beliau, semua agensi yang terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia diarahkan untuk bersedia sekiranya situasi menjadi semakin kritikal.

“Saya sudah memanggil mesyuarat JPB Kebangsaan yang diwakili semua agensi terbabit untuk menyelaraskan gerak kerja operasi di kawasan banjir.

“Semua agensi terbabit juga sudah bersedia untuk berdepan dengan Monsun Timur Laut (MTL) yang kini baru bermula,” katanya ketika ditemui media di program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan di Laman Kerayong, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, persediaan rapi perlu dilakukan di lokasi bencana bagi memastikan mangsa menerima bantuan sewajarnya daripada kerajaan.

“Jadi mereka semua saya kira bersedia cuma setakat ini Alhamdulillah masih lagi banjir kilat belum monsun.

“Walaupun telah mula masuk ke Monsun Timur Laut (MTL) jadi kita berdoa supaya tak berlaku banjir besar. Setakat hari ini belum lagi banjir monsun malah Rantau Panjang pun masih dianggap banjir kilat lagi.

“Tapi untuk menghadapi monsun sebenar semua dah siap siaga sama ada jabatan atau agensi dan sebagainya,” kata Perdana Menteri.

Katanya, bencana banjir kini kebanyakkan kejadian banjir kilat dan diharap tidak menjejaskan proses pengundian yang akan berlangsung Sabtu ini.

Awal pagi ini beberapa lokasi khususnya di Selangor seperti Sri Muda, Bangi, Klang, Sabak Bernam di Selangor dinaiki air susulan hujan lebat.

Hujan lebat bermula jam 1 pagi tadi menyebabkan 719 mangsa daripada 175 keluarga terpaksa dipindahkan ke tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan banjir.

Data Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, PPS dibuka di Daerah Klang membabitkan lokasi di Masjid Kampung Johan Setia yang menempatkan 195 mangsa dari 49 keluarga selain PPS Balai MPKK Kampung Jalan Kebun, Batu 7 yang menempatkan 58 mangsa dari 15 keluarga.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat