Kepala Batas ‘Kota Pendidikan’ Pulau Pinang

- Advertisement -

KEPALA BATAS – Parlimen Kepala Batas akan terus dikenali sebagai jolokan kota pendidikan Pulau Pinang seiring legasi Barisan Nasional (BN) yang berterusan membangunkan pelbagai institusi ilmu untuk rakyat Malaysia.

Calon BN Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata kawasan parlimen yang terkenal melahirkan ramai tokoh agamawan itu juga berada dalam keadaan aman menerusi kewujudan pelbagai agensi penguat kuasa malah dilengkapi kemudahan asas yang baik sehingga boleh disifatkan sebagai amat berdaya huni.

Katanya, misi beliau dan parti amat jelas iaitu tidak lain terus membangunkan Kepala Batas antaranya fokus dalam aspek memperkasa agenda perumahan terutama membantu golongan B40 memiliki kediaman sendiri sekali gus mendukung aspirasi Keluarga Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Kerana itulah baru-baru ini julung kalinya, kita bawakan PPR (Program Perumahan Rakyat) ke Kepala Batas ini meliputi pembinaan 700 unit rumah pangsa empat tingkat berserta kemudahan asas di Pongsu Seribu, Seberang Perai Utara.

“Bagaimanapun, dalam pada menuju pembangunan, kita mahu Kepala Batas ini dikekalkan sebagai kawasan yang cukup bersederhana dalam segala aspek baiklah dari berpolitik atau apa sahaja, kerana adalah cukup penting kita menjaga hubungan dan tidak mengamalkan politik kebencian kerana kita merupakan satu keluarga besar di Kepala Batas,” katanya yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Tambahnya pembangunan anak muda sentiasa diberi perhatian malah pelbagai fasiliti dan kemudahan telah diusahakan buat golongan berkenaan seperti e-Sport Youth Cabin di Wisma UMNO Kepala Batas yang juga dilengkapi gelanggang futsal serta terbaharu pembinaan pusat belia bertaraf tinggi bernilai RM45 juta di Paya Keladi.

Menurut Reezal Marican, ‘track record’ BN di Kepala Batas telah terbukti membawa limpahan ekonomi serta kemakmuran ke kawasan itu baiklah dari aspek infrastruktur, pendidikan, pelancongan, perusahaan makanan malah sentiasa memperkasa usahawan tempatan terutama dalam kalangan anak muda.

Mewarisi legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan perdana menteri yang merupakan ahli parlimen selama tujuh penggal di Kepala Batas, Reezal Merican mahu memastikan kawasan ini terus membangun secara terancang, terurus dan terarah yang mana bersesuaian dengan komuniti.

“Insya Allah, tidak lama sahaja lagi, kita juga bakal menyaksikan pembukaan satu lagi produk pelancongan di Kepala Batas ini iaitulah taman tema air bertaraf lima bintang yang terletak pada lokasi cukup strategik dengan pelbagai tarikan aktiviti,” katanya.

Reezal Marican menegaskan, segala perancangan bukan sekadar retorik kerana ia telah dibuktikan berdasarkan keperluan dan kehendak rakyat.

Pada PRU14, Reezal Merican memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas menewaskan calon PKR, Dr Zaidi Zakaria dan Siti Mastura Muhammad (Pas) selepas memperoleh 22,459 undi.

Pada PRU15 ini, penyandang kerusi Parlimen Kepala Batas itu bakal bersaing dengan Danial Abd Majeed daripada Pakatan Harapan (PH), Dr Siti Mastura Mohamad mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Hamidi Abdul Hassan daripada Gerakan Tanah Air (GTA).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat