Shah Rukh Khan susun semula jadual kerjaya

- Advertisement -

New Delhi: Peristiwa anaknya Aryan Khan, 23, ditahan kerana isu dadah awal bulan lalu menjejaskan tumpuan Shah Rukh Khan terhadap kariernya.

Bagaimanapun, keputusan mahkamah India membenarkan permohonan ikat jamin ke atas Aryan pada 28 Oktober lalu amat melegakan bintang popular Bollywood terbabit.

Shah Rukh Khan akan turun padang ke lokasi semula dan meminta pengarah menyusun semula jadual penggambarannya yang tertangguh sebelum ini.

Namun, pada masa sama dia meminta diberikan peluang melawat keluarga dalam beberapa minggu untuk beberapa hari dalam tempoh terbabit.

Menurut sumber, Shah Rukh Khan mengakui tidak mahu menyusahkan produksi dan mana-mana pihak apabila mahu menyelesaikan penggambaran.

“Shah Rukh Khan meminta untuk mengekalkan jadual filem yang berada di luar India dan mengosongkan beberapa hari bagi untuk balik ke rumah setiap beberapa minggu.

“Dia sudah meminta mereka untuk merancang penggambaran sedemikian rupa supaya penggambaran untuk artis lain boleh selesaikan semasa ketiadaannya. Itu jalan terbaik yang difikirkan,” katanya. Menurutnya, pelakon terbabit masih trauma dan bimbang dengan keadaan Aryan selepas insiden yang berlaku terhadap keluarganya.

“Dia sangat melindungi Aryan dan keluarganya selepas insiden baru-baru ini dan memutuskan untuk berada di samping keluarga dan seimbangkan antara masa peribadi dan profesional,” katanya.

Jadual Shah Rukh Khan yang padat menyaksikannya mempunyai beberapa projek filem dalam satu masa antaranya Pathan, Atlee dan Lion yang perlu diselesaikan.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat