Seorang Juruterbang Maut, Pesawat Hawk TUDM Terhempas Ketika Sesi Latihan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terkorban manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.

Memetik laporan Awani, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan kejadian itu setelah menerima makluman daripada Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Beliau turut mengarahkan TUDM memberikan laporan lebih terperinci dengan segera selain menyiasat punca kejadian yang berlaku jam 10.07 malam itu.

“Baru terima panggilan daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.

“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yg maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera.

“Kementerian Pertahanan telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,481FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat