150 Kawasan Di Selangor Berisiko Dilanda Banjir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Sebanyak 150 kawasan di sembilan daerah di Selangor berisiko dilanda banjir dan banjir kilat susulan taburan hujan yang tinggi bermula bulan ini hingga Mac 2022.

Ia membabitkan 23 kawasan di daerah Petaling; 26 di Klang; Sepang (17); Gombak (21); Hulu Langat (32); Kuala Selangor (18); Kuala Langat (7); Hulu Selangor (4) dan Sabak Bernam (2).

Unit Pengurusan Bencana, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan tinjauan jangka panjang taburan hujan di negeri ini, Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Selangor meramalkan purata hujan antara 140 milimeter (mm) sehingga 370 mm melanda negeri ini sehingga Mac.

“Taburan hujan bagi November adalah antara 250 mm hingga 370 mm; Disember (200 mm hingga 300 mm); Januari 2022 (150mm hingga 230mm); Februari (140 mm hingga 210 mm) dan Mac (200 mm hingga 300 mm).

“Ini akan menyebabkan risiko kejadian banjir dan banjir kilat di sembilan daerah di Selangor.

“Jadi kerajaan negeri menasihatkan penduduk di kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami banjir dan banjir kilat untuk mengambil langkah persediaan dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pihak Berkuasa Keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan tindakan persediaan awal bagi menghadapi kejadian banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan ribut sepanjang tempoh Monsun Timur Laut. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat