Netizen Berang ‘Karen’ Tanpa Pelitup Muka Bebas Berlegar Sekitar Taman KLCC

- Advertisement -

PETALING JAYA – Netizen menerusi Twitter melahirkan rasa kesal mereka apabila mendapati wujud sebilangan keluarga ekspatriat yang degil dan enggan memakai pelitup muka ketika berada di khalayak.

Terbaru, tular gambar dua warga asing yang digelar kumpulan ‘Karen’ asyik dan berani berlegar-legar di sekitar taman KLCC tanpa memakai pelitup muka sekali gus tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Pengguna Twitter, AdibahOj turut mempersoalkan tentang keadilan undang-undang di negara ini berikutan dua wanita tersebut masih bebas serta tidak mengikut SOP sebaliknya ia seolah-olah terpakai kepada rakyat Malaysia sahaja.

Menurutnya, ketika dia sedang berjalan bersama anaknya di tempat tersebut, dia diberi amaran oleh polis yang melarangnya untuk membuka topeng muka walaupun seketika.

“Aku marah sebab haritu, semasa aku strolling dengan anak aku pergi fountain dekat KLCC Park. Weekdays, tiada orang, kosong so aku bukak mask nak selfie ambik gambar dengan anak aku.. Then datang polis tiup wisel dia cakap aku sini tak boleh buka mask. Nak ambik gambar pun kena pakai mask! Habis ‘Karen’ tadi tu takpa?.

“Aku lepas dia cakap tak boleh aku faham je ikut jela if memang tak boleh.. habis yang Karen tadi selamba pusing-pusing park okay je?,” ciapnya dalam laman Twitter.

Sebelum ini, Utusan Online pernah melaporkan seorang wanita warga asing yang digelar Karen kerana enggan memakai pelitup muka di sebuah butik mewah di pusat beli-belah terkenal dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM3,000 berikutan melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Rata-rata pengguna Twitter yang melihat ciapan itu meluahkan perasaan rasa tidak puas hati terhadap layanan ‘dua darjat’ dan geram melihat dua wanita tersebut yang enggan mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Double standard, it will different story when it comes to local and foreigner like, Indonesian, Nepal and Bangladesh people staying in Malaysia,” ciapan _dewedj.

“Cuba kalau rakyat kita buat lagu ni, rakyat la punca segalanya. Kompaun terus takdak siasat apa dah,” ciapan iqbal_syamil.

“Kalau macam ni tak boleh ke saman dia setiap kali? takkan sebab dia rapat/kawan with some VVIP, dia boleh jadi “queen Elizabeth” dekat Malaysia? Lol,” ciapan hueichuen. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat