PAS Yakin Hubungan Dengan UMNO Melalui MN Masih Wujud

- Advertisement -

KOTA BHARU – Pas menganggap hubungannya dengan UMNO menerusi Muafakat Nasional (MN) masih lagi wujud meskipun tidak ‘sekapal’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kerjasama parti itu menerusi MN masih kukuh seperti sedia kala sebagaimana hubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui Perikatan Nasional (PN).

“Masalah MN ialah hubungan Pas dengan Bersatu.

“Ia timbul bila ada sebahagian kawan-kawan dalam UMNO tidak dapat menerima Bersatu,” katanya selepas diminta mengulas kenyataan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan MN sudah lama mati.

Menurutnya, sebelum PRN Melaka berlangsung, Pas dan UMNO ada melakukan pertemuan bagi membincangkan kerjasama tersebut. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat