Naim, Shasha makin serasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kali pertama digandingkan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel dan Shasha Abedul pantas mencipta keserasian.

Sejak ditayangkan di TV3 pada 21 Oktober lalu melalui slot Lestary, peminat mula memberi perhatian kepada gandingan ini.

Bertanya kepada Naim mengenai Shasha, pemegang trofi Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 melalui lagu Sumpah ini sentiasa terbuka dipadankan dengan pelakon lain.

“Sejak menceburi dunia lakonan, saya terbuka digandingkan dengan siapa sahaja. Seperti Shasha, ia membuka ruang untuk saya teroka dan belajar pengalaman baharu.

“Saya percaya setiap daripada kita ada sesuatu hendak ditonjolkan, sama juga pelakon.

 

Naim menimba pengalaman baharu berlakon dengan Shasha dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Foto Ihsan Zeel Production
Naim menimba pengalaman baharu berlakon dengan Shasha dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta. Foto Ihsan Zeel Production

 

“Produksi drama ini wajar dipuji kerana membuka ruang untuk bakat baharu menyerlahkan potensi mereka. Setidak-tidaknya, bukan hero atau heroine sama ditonton di televisyen (TV),” katanya.

Sementara itu, Shasha tidak menyangka digandingkan dengan Naim.

“Kali pertama mendapat tahu bergandingan dengan Naim, saya gementar.

“Apabila beraksi dengan pelakon hebat, saya rasa lemah semangat dan tidak dapat memberi yang terbaik.

“Namun, saya bersyukur dapat Naim yang berpengalaman dan memahami saya. Naim tidak lokek memberi tunjuk ajar dan membuka ruang untuk saya membaiki kelemahan,” katanya.

Shasha mula berlakon sejak tahun 2017 dan masih bertatih membina nama.

“Minat berlakon berputik sejak kecil lagi. Tapi ibu bapa tidak mengizinkan saya menjadi artis.

“Dipendekkan cerita selepas tamat belajar, saya mula bekerja di sebuah syarikat agensi bakat yang menerbitkan iklan atau komersial.

“Saya turut mencuba nasib dengan berlakon iklan dan mengikuti sesi uji bakat,” katanya yang kali pertama berlakon menerusi drama Rahsia Hati.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat