RM6.4 juta dalam 24 hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Filem sulung arahan selebriti Youtube, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang ditayangkan sejak 22 Oktober lalu itu memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Pembikinan filem Mael Totey The Movie menarik perhatian kerana kos pembikinannya hanya kira-kira RM400,000 dan ditanggung sendiri.

Mengulas kejayaan itu, Syahmi menghargai sambutan baik penonton terhadap karya garapannya itu.

“Untuk memecah dua rekod filem hebat terdahulu adalah suatu kejayaan manis buat saya.

 

Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First. Foto Ihsan Astro First
Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First. Foto Ihsan Astro First

 

“Terima kasih atas sokongan semua yang tidak putus-putus. Teruslah menyokong filem ini,” katanya.

Ketika ini, sambutan terhadap filem Mael Totey The Movie masih memberangsangkan biarpun sudah memasuki minggu keempat tayangan di platform itu.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata kejayaan ini adalah sejarah dalam industri perfileman yang cukup dibanggakan.

“Apatah lagi filem ini dihasilkan pengarah baharu yang sebelum ini hanya aktif dengan kandungan digital.

“Kini, kutipan filem pertamanya itu berjaya menandingi filem pecah panggung di Astro First.

“Kami akan terus berusaha melalui rangka promosi yang kreatif untuk membawa filem ini ke tahap lebih jauh selain menarik minat orang ramai menontonnya.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua penonton filem ini kerana memberi kepercayaan dan sinar buat penerbit tempatan untuk terus berkarya,” katanya.

Filem Mael Totey The Movie dibintangi Syahmi, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad dan Aween Ismail.

Pelakon tempatan seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi turut terbabit dalam filem itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat