YKM salur sumbangan ringankan beban di Melaka sempena Deepavali

JASIN – Sempena sambutan Hari Deepavali pada 20 Oktober depan, Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) berkunjung ke Melaka bagi menziarahi dua keluarga yang kehilangan orang yang tersayang akibat COVID-19.

Pengerusi YKM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah berkunjung ke rumah keluarga itu di Merlimau dan Jasin.

“Di Taman Merlimau Utara, Ismail Sabri bersama rombongannya meraikan Mittra a/p Selvam yang berusia 16 tahun yang kehilangan bapanya, Selvam a/l Subramaniam akibat COVID-19 pada 27 Februari 2022.
“Keadaan menjadi semakin gawat apabila dia terputus hubungan dengan ibunya tiga bulan selepas itu. Kini dia tumpang berteduh di rumah bapa saudaranya, Murugappan a/l Raman,” kata YKM dalam kenyataan.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Merlimau Datuk Dr Akmal Salleh yang turut hadir bersama dalam program ziarah kasih kerana menyalurkan maklumat mengenai Mittra.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Dr Akmal kerana memberikan maklumat mengenai anak ini. YKM akan bekerjasama erat dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di setiap kawasan dalam usaha mendapatkan maklumat bagi membantu anak-anak yang kehilangan tempat bergantung akibat COVID-19.

“Saya percaya masih ramai lagi yang senasib dengan Mittra dan saya mengalu-alukan sekiranya ada lagi maklumat mengenai anak-anak seperti ini,” kata Ismail Sabri.
Terdahulu, beliau turut menyampaikan bantuan perayaan Hari Deepavali kepada Puan Vigneswari a/p Subramaniam di Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang yang juga penerima bantuan YKM yang baharu di negeri Melaka. Vigneswari yang kehilangan suami, T. Muthaiah a/l Thangayah akibat COVID-19 pada 5 Mac 2022 kini menyara seorang anak, Sutharshanan a/l Muthaiah, 17 tahun yang masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St David.

Serentak dengan itu, Ismail Sabri mengumumkan kedua-dua anak dari dua keluarga tersebut akan menerima Bantuan Kasih sebanyak RM250 pada setiap bulan, serta bantuan-bantuan lain seperti Bantuan Perayaan dan Bantuan Persekolahan bermula bulan ini.

Selain dua keluarga ini, sebanyak 10 keluarga berbangsa India di seluruh negara akan menerima bantuan sempena perayaan Pesta Cahaya ini dan bantuan akan mula dikreditkan bermula esok melalui akaun bank masing masing.

Ismail Sabri turut menambah, sehingga September tahun ini, YKM telah menyalurkan lebih RM3 juta bagi Bantuan Kasih, Bantuan Perayaan dan Bantuan Menara Gading.

“Pemberian bantuan ini dijangka mencecah RM5 juta pada akhir hujung tahun ini. Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan YKM terhadap kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim dan yatim piatu yang terkesan akibat COVID-19 ini.

“Dalam masa yang sama, YKM ingin menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk menyertai Larian Keluarga Malaysia pada 15 November ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti dan hadiah utama cabutan bertuah menanti anda seperti sebuah Perodua Axia, Honda RS-X dan skuter elektrik, FELO M One. Gunakan kod promosi iaitu “KSLKM20” atau “HOTFMLKM20” bagi 20 peratus diskaun tambahan semasa pendaftaran penyertaan di platform check point spot,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat