Syed Saddiq nasihatkan geng ‘mat motor’ ganggu ceramahnya usah jadi pencacai

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihatkan geng ‘mat motor’ yang menganggu ceramahnya
supaya jangan mudah gadaikan maruah sehingga sanggup bergelar pencacai.

Malam tadi, ceramah mega di Muar, Johor yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA) diganggu sekumpulan ‘mat motor’.

Gangguan tercetus ketika giliran Presiden MUDA yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar itu berucap.

Meskipun diganggu, ceramah berkenaan diteruskan tanpa berlaku insiden tidak diingini setelah situasi dapat dikawal oleh polis dan sukarelawan program ceramah yang bertugas di lapangan.

“Saya tak ada masa nak lawan dengan mereka kerana saya di sini nak bela orang Muar dan bukannya nak biar mereka (rakyat Muar) susah dan sengsara. Tak apa biarkan,” katanya.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan geng ‘mat motor’ berkenaan seharusnya berperanan mengangkat martabat orang dan negara tersayang, bukannya melakukan provokasi murahan.

“Kepada anak-anak muda di luar sana, jangan jadi pencacai. Ini negara kita, bela masa depan ayah, pak cik, mak cik kamu. Sampai bila kita nak dibeli? Sampai bila kita nak jual maruah kita? Ini negara kita. Ini Muar!,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat