Elly mahu terus ‘gedik’ di pentas GV9

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Elly Mazlein enggan melayan provokasi segelintir pihak yang cuba mempertikai gaya dan teknik dirinya mengendalikan program realiti Gegar Vaganza (GV) kesembilan atas niat memancing emosi.

Biarpun menyedari ada pihak tidak berpuas hati dan melempar kecaman terhadapnya melalui media sosial, Elly mahu mengekalkan teknik sedia ada kerana itu yang diinginkan sebahagian besar penonton dan produksi GV9.

“Sebenarnya bukan mudah mengendalikan program ini. Sejujurnya, saya tidak terasa hati dengan komen negatif.

“Hanya segelintir sahaja yang berpendapat sedemikian. Selebihnya, mereka sangat suka dengan corak pengacaraan saya.

“Daripada melayan perkara negatif seperti itu, lebih baik fokus kepada mereka yang sukakan saya.

Elly enggan melayan provokasi segelintir pihak yang cuba mempertikai gaya dan teknik dirinya dalam mengendalikan GV9. Foto IG Elly Mazlein
Elly enggan melayan provokasi segelintir pihak yang cuba mempertikai gaya dan teknik dirinya dalam mengendalikan GV9. Foto IG Elly Mazlein

 

“Biasalah, masing-masing ada pendapat sendiri dan saya amat menghargainya. Mana tahu, suatu hari nanti, mereka suka dengan gaya pengacaraan saya,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan berkata, tiada istilah ‘berlebih-lebih’ atau cuba menonjolkan diri seperti yang diperkatakan netizen.

Sebaliknya, Ellie yang terkenal dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, hanya melaksanakan tugas diamanahkan.

“Saya sudah berumur 42 tahun dan tidak dinafikan memang penat. Tetapi sebagai pengacara, kami kena beri yang terbaik seperti dikehendaki produksi.

“Tok Ram (Datuk Ramli MS) pun cakap kami kena tunjuk prestasi yang baik,” jelasnya.

Kontroversi tercetus apabila gaya pengacaraan ditonjolkan Elly atau nama penuh, Sharifah Aida Mazlin dikatakan cuba mencuri perhatian.

Malah, kelincahan dan gaya gedik pelakon drama rantaian, Kampung People 1 dan 2 itu di pentas didakwa mengganggu tumpuan peserta GV9.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat