Sultan Nazrin perkenan DUN Perak dibubar hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memberi perkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 dibubarkan berkuatkuasa mulai hari Isnin, 17 Oktober 2022.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang telah menerima warkah pengisytiharan perkenan pembubaran DUN daripada Sultan Nazrin.

“Kenyataan media saya pada hari ini adalah merujuk kepada kenyataan media yang telah saya buat pada hari Rabu, 12 Oktober 2022 berkaitan dengan pembubaran DUN Perak ke-14.

”Di dalam kenyataan media tersebut saya telah memaklumkan bahawa saya telah menyembah warkah permohonan pembubaran DUN Perak ke-14 untuk pertimbangan Sultan Perak selaras dengan Perkara 32(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

“… dan Sultan Perak telah bertitah bahawa sebarang ketetapan mengenai permohonan pembubaran DUN akan diumumkan selepas baginda berkenan membuat keputusan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat