BN akan cari kerusi sesuai untuk Khairy

- Advertisement -

CYBERJAYA: Barisan Nasional (BN) akan mencari kerusi Parlimen sesuai buat Khairy Jamaluddin untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Khairy merupakan pemimpin muda yang berkaliber untuk negara dan BN tidak boleh kehilangan pemimpin seperti bekas Ahli Parlimen Rembau itu

“Kami tidak mahu bakat beliau itu hilang begitu sahaja. Kami cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada PRU-15.

“Alhamdulilah, kami di Rembau ni semangat kekeluargaan. Kami ni beradat kan, jadi kita beradat dalam teranglah, jadi tidak ada isu pasal Rembau lagi, insya-Allah,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Mohamad berkata demikian selepas diminta mengulas ucapan penggulungan Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau yang memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat