Peserta Felcra Terima RM181.5 Juta Untung Boleh Agih Mulai Hari Ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan jumlah keuntungan boleh agih interim 2/2022, berjumlah RM181.5 juta kepada seramai 74,949 peserta Felcra Berhad di seluruh negara.

Beliau berkata, bayarannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat mulai hari ini, 17 Oktober 2022 dan boleh digunakan oleh peserta Felcra Berhad untuk kegunaan pelbagai perkara.

“Saya gembira kerana Felcra Berhad berjaya mengekalkan prestasi yang baik apabila mencatat kenaikan hampir RM51 juta atau 38.1 peratus berbanding prestasi pada tahun lalu.

“Ini sekali gus membuktikan kecekapan Kerajaan Keluarga Malaysia dalam mengurus tadbir ekonomi negara,” katanya di Tapah, Perak pada Isnin.

Beliau berkata demikian di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama-sama peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil RISDA, Tok Batin dan Penghulu Orang Asli di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu beliau pernah menerajui Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) dan Felcra berada di bawahnya, ada banyak masalah hutang bagi peserta Felcra yang tak pernah selesai dan tidak dapat diselesaikan kerana terdapat projek di bawah Felcra yang tidak berdaya maju.

“Sehingga Disember tahun lepas terdapat 323 projek dengan keluasan 22,173 hektar telah dikenal pasti sebagai projek yang kurang berdaya maju dari segi penghasilannya dalam memberi pulangan pendapatan kepada peserta.

“Saya difahamkan perkara itu oleh Pengerusi Felcra yang memohon kepada kerajaan supaya menghapus kira hutang tersebut.

“Secara peribadi, saya pada dasarnya bersetuju menghapus kira hutang para peserta dan ia akan melibatkan RM233.8 juta.

“Walaupun saya telah bersetuju, namun ia masih perlu dibawa ke Mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan. Insyaallah , ia akan dilakukan jika saya terus diberikan kepercayaan untuk mentadbir negara,” ucap beliau.

Sementara itu, tambah Perdana Menteri bagi membantu pekebun kecil yang terjejas akibat musim tengkujuh yang diunjurkan berlaku akhir tahun ini,kerajaan telah meluluskan sejumlah RM191 juta Bantuan Musim Tengkujuh melibatkan seramai 232,319 pekebun kecil RISDA dengan kadar RM600 yang akan diagihkan pada bulan November dan Disember ini.

“Insyaallah , pada tahun 2023, Kerajaan Keluarga Malaysia akan menyediakan peruntukan ini dengan peningkatan kepada RM800, selain turut dipanjangkan kepada pekebun kecil di bawah FELDA.

Untuk itu, sokongan berterusan kepada Kerajaan serta mandat yang baru perlu diberikan supaya hasrat ini dapat direalisasikan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat