Asyraf mungkir janji, merapu isu 47 kerusi tak disebut – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal tuduhan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kononnya PAS memilih bersama Bersatu kerana ditawarkan 47 kerusi boleh menang.

Tuan Ibrahim malah menegaskan bahawa Asyraf tidak terlibat dalam mesyuarat antara Presiden serta Timbalan Presiden Umno dan PAS baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga menyifatkan Asyraf sebagai merapu dan mungkir janji.

“Tiada perbincangan mengenai tawaran 47 kerusi boleh menang daripada Bersatu, bahkan telah diingatkan agar tidak disebarkan gambar pertemuan tertutup tersebut.

“Tak betul, dia merapu! Dia (Asyraf) tak terlibat pun dalam mesyuarat tu.

“Bahkan kita dah ingatkan agar tidak keluarkan gambar yang beliau ambil, sebab pertemuan tertutup. Dia mungkir janji,” bidas Timbalan Presiden PAS itu lagi.

Tuan Ibrahim malah menyatakan hanya empat orang yang tahu apa perincian perbincangan yakni Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamad Hasan juga beliau sendiri.

“Hanya empat orang yang tahu apa perincian perbincangan. 47 kerusi tidak pernah disebut dalam perbincangan,” tegas beliau.

Dua hari lalu, Asyraf berkongsi gambar pertemuan 8 mata antara Presiden dan Timbalan Presiden kedua-dua parti Umno dan PAS yang berlangsung pada hari Rabu 12 Oktober 2022, sehari sebelum PAS akhirnya membuat keputusan kekal bersama Bersatu-Perikatan Nasional (PN).

Katanya, pertemuan ini adalah ikhtiar terakhir Umno untuk berlapang dada menerima PAS bagi menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan bersama sewaktu 22 bulan sama-sama menjadi pembangkang, atas deraian air mata kesyukuran, bagi menoktahkan permusuhan politik puluhan tahun hingga menjejaskan persaudaraan sesama Islam.

“Begitu juga pada pertemuan kali ini, PAS menegaskan bahawa jika bersama PN, Bersatu menjanjikan 47 kerusi boleh menang kepada PAS,” dakwa Asyraf.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat