Pemuda UMNO Buat Laporan Polis, Nafi Tuduhan Ganggu Ceramah Syed Saddiq

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO Muar telah membuat satu laporan polis terhadap ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa kepimpinan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) atas tuduhan tidak berasas kepada Pemuda UMNO.

Ketuanya, Mohd Helmy Abd Latif berkata, laporan polis itu dibuat susulan Syed Saddiq dan pimpinan MUDA yang mendakwa Pemuda UMNO Muar telah membuat provokasi dan kekacauan ketika Ceramah Mega Muar MUDA yang berlangsung semalam.

“Tuduhan ini dikemukakan dalam bentuk ucapan dan beberapa paparan di dalam laman Twitter yang menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa Syed Saddiq sedang berucap di perkarangan Pejabat Parti MUDA Muar, semalam.

“Selaku Ketua Pemuda UMNO Muar, saya menegaskan bahawa Pemuda UMNO Muar khasnya, dan Pemuda UMNO secara keseluruhannya menolak politik secara provokasi sebegini dan ini adalah budaya yang tidak diamalkan oleh Pemuda UMNO,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Helmy malah turut memaklumkan, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Bahagian Muar terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO dan juga Pelancaran Jentera Pilihan Raya semalam.

“Secara logiknya mustahil bagi kami untuk meluangkan masa melakukan sesuatu yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada parti.

“Justeru, kerana melihat kepada usaha untuk melemparkan fitnah amat mudah oleh pimpinan MUDA ini, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis dan saya juga telah berbincang dengan peguam saya untuk membuat tindakan saman terhadap mereka yang telah menuduh Pemuda UMNO dalam kes ini,” tegasnya.

Malam tadi, ceramah mega di Muar yang dibarisi kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dan MUDA diganggu sekumpulan ‘mat motor’.

Gangguan tercetus ketika giliran Presiden MUDA yang juga penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyampaikan ucapannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat