Limpahan Deras Di Puncak Gunung Kinabalu Fenomena Biasa – Julaimin

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Limpahan air deras, licin dan mengundang bahaya buat pendaki gunung.

Begitu keadaan ekstrem yang digambarkan di puncak Gunung Kinabalu di Sabah dalam video tular yang dikongsikan seorang pengguna aplikasi Tik Tok baru-baru ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kilometer 7.1 dan 7.2 berdekatan pondok Sayap-Sayap pada 14 Oktober lalu.

Menurut Ketua Sub Stesen Panalaban Taman Kinabalu, Julaimin Kamin, fenomena limpahan air itu perkara biasa berlaku di gunung itu susulan peralihan monsun.

“Video viral itu sebenarnya berlaku pada 14 Oktober 2022.

“Kejadian berlaku ketika pendaki yang berada di puncak mahu menuruni gunung,” katanya.

Menurut beliau lagi, Taman Kinabalu sentiasa memantau keadaan cuaca sebelum sebarang aktiviti pendakian dijalankan.

Namun, dalam keadaan cuaca yang sukar diramal, apa yang boleh dilakukan menurut Julaimin ialah memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bukan sahaja dalam kalangan pendaki, malah semua kakitangan yang bertugas di Gunung Kinabalu.

“SOP pendakian gunung ini sememangnya sudah kuat. Kita sentiasa mematuhi SOP sedia ada.

“Cuma dalam keadaan tertentu yang tidak dapat diduga seperti hukum alam. Yang itu, diluar kawalan kita.

“Apa yang boleh dilakukan cuma memantau sebaik mungkin aspek keselamatan sebab pengurusan taman-taman Sabah sangat menitik beratkan keselamatan setiap pendaki, termasuk semua agensi serta kakitangan yang bertugas di Gunung Kinabalu,” kongsi beliau lagi.

Sementara itu, ekoran hujan berterusan di pantai barat negeri tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di setiap daerah di Sabah kini dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir.

“Kesiap siagaan ini termasuk dari segi aset dan anggota. Kalau keadaan mendesak, cuti akan dibeku dan pengoperasian secara berterusan akan dijalankan.

“Sekarang ini kita belum lagi menerima panggilan babnjir walaupun hujan berterusan semalaman. Buat orang awam, diminta berhati-hati dan tidak keluar bermain ketika dalam keadaan hujan ini,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat