Agihan PerantiSiswa Kepada 279,188 Pemohon Yang Lulus Disegerakan – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) akan menyegerakan pengagihan peranti di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada 279,188 pemohon yang telah diluluskan menjelang akhir bulan ini.

Menteri berkenaan Tan Sri Annuar Musa berkata usaha itu perlu dipercepatkan memandangkan sehingga kini hanya 8.3 peratus atau 23,101 peranti sahaja telah diagihkan kepada pelajar yang layak.

“Agihan baru 8.3 peratus dan ini angka yang rendah, oleh sebab itu saya datang buat tinjauan di gudang untuk pastikan stok 350,000 peranti dah sampai dan hari ini saya berpuas hati dan saya sahkan sendiri stok memang ada.

“Daripada jumlah stok 350,000 peranti ini, 100,000 set ada di gudang Samsung, 138,500 set di sini (J&T Distribution Solution Sdn Bhd) dan yang lain dihantar ke zon tengah (15,700), zon utara (20,000), zon timur (18,600), zon selatan (15,000) dan Sabah serta Sarawak (42,200),” katanya selepas melawat gudang simpanan peranti itu di J&T Distribution Solution Sdn Bhd, di sini hari ini.

Menjelas lanjut, Annuar berkata proses pengagihan mengambil masa kerana taburan permohonan melibatkan segenap pelosok negara dan bukan membabitkan kampus dan sekolah semata-mata.

Justeru, bagi memastikan pengagihan itu segera dilaksanakan, Annuar berkata pemberian peranti itu akan dibuat secara serentak melibatkan pengedaran di semua zon dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Kita tengok di zon tengah jumlah sangat besar dan kemungkinan kita buat pengedaran berpusat…pelajar boleh datang untuk ambil dengan cara cepat dan mudah.

“Saya minta supaya jadual pengagihan ini dapat disampaikan kepada saya esok dan kita akan lihat semua taburan pemohon di seluruh negara dan akan buat ketetapan bagaimana nak diedarkan dalam bulan ini juga.

“Walaupun saya letakkan sasaran edaran hendaklah disempurnakan menjelang akhir November tetapi yang mana dah lulus 279,188 ini dapat diedarkan bulan ini juga sementara kes rayuan dan baki permohonan yang sedang diproses akan dibawa ke bulan depan,” katanya.

Sehingga kini, sebanyak 474,311 permohonan untuk PerantiSiswa Keluarga Malaysia diterima melibatkan 95,882 bagi fasa pertama dan 378,429 untuk fasa kedua. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat