KPM umum tarikh operasi intitusi pendidikan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) telah merangka penetapan tarikh pengoperasian institusi pendidikan di bawah kementerian sejajar dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPM merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri Malaysia pada 15 Oktober 2021 berkaitan peralihan fasa PPN bagi negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya berkuat kuasa pada 18 Oktober 2021.

“KPM telah menetapkan bahawa jika sesebuah negeri beralih ke fasa seterusnya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut ketetapan fasa baharu akan dilaksanakan selepas dua minggu daripada tarikh peralihan ke fasa tersebut.

“Sehubungan dengan itu, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 PPN pada 18 Oktober 2021.

“Apabila negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah beralih ke Fasa 3 pada 18 Oktober 2021, maka pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 bagi negeri Kedah dan Kelantan akan bermula pada 31 Oktober 2021,” kata KPM dalam kenyataan pada Ahad.

Kementerian itu juga memaklumkan, bagi negeri Pulau Pinang, Perak dan Sabah, pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 akan bermula pada 1 November 2021.

Katanya, pengoperasian Fasa 3 PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Tingkatan 6 Semester 2, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/sekolah harian/sekolah swasta, International Baccalaureate Diploma, serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang lain.

“Manakala bagi negeri Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN pada 18 Oktober 2021.

“Memandangkan negeri-negeri ini akan beralih ke Fasa 4 PPN bermula 18 Oktober 2021, pengoperasian institusi pendidikan di negeri-negeri berkenaan berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN hanya akan bermula pada 1 November 2021.

“Ini turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah,” maklumnya.

Bukan itu saja, KPM berkata, kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Melaka, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bermula pada 8 November 2021, iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN,” jelasnya.

Kementerian menambah, institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“Susulan itu KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat