KJ guna ’empat jenis jin’ lindungi Malaysia, bidas antivaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nampaknya ‘perang’ antara Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan puak antivaksin semakin menggegar.

Hari ini beliau berkongsi di Instagram Storynya berkaitan kumpulan perbualan di media sosial yang digerakkan oleh geng antivaksin yang mengisytihar Khairy dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai musuh mereka.

Perang ini meletus apabila Khairy bertegas akan ‘menyusahkan’ hidup kumpulan antivaksin supaya mereka berterusan tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.”

Dalam perkongsian berkenaan Menteri Kesihatan itu dituduh memakai tangkal di tangan kiri dan menghebahkan kononnya Khairy dijaga oleh empat jenis jin untuk melindungi dirinya.

Namun Khairy dalam respons balas mengatakan tuduhan individu berkenaan adalah salah.

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia.

“Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” bidas beliau.

Malah ada lagi kumpulan lain yang mengarang Qunut Nazilah untuk Khairy dan sekutunya.

Pertempuran ideologi ini terjadi kerana Menteri Kesihatan itu akan mengambil tindakan kepada
individu enggan divaksin kerana mereka yang memilih untuk tidak diberikan pelalian berkenaan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, biar pun vaksin tidak diwajibkan tetapi kerajaan tidak akan memberi muka kepada kumpulan terbabit kerana mereka memilih untuk menolak vaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan undang-undang Persekutuan yang mewajibkan pengambilan vaksin, tetapi menggalakkan undang-undang sektoral,” kata Khairy.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat