KKM Mampu Rawat Semua Pesakit Covid-19

- Advertisement -

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan bahawa kesihatan dan keselamatan nyawa rakyat termasuk pesakit Covid-19 adalah satu keutamaan dan ini dlaksanakan secara bersungguh-sungguh terutama dari segi meningkatkan kemudahan prasarana kesihatan dalam perang menentang pandemik Covid-19.

Menurut Menterinya, Dr Adham Baba, usaha ini sedang dan akan terus mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan sistem kesihatan negara mampu mendepani cabaran pandemik wabak COVID-19 dan tiada pihak yang terabai dari perawatan.

“Berikutan peningkatan kes penularan Covid-19 sejak bulan lalu, KKM telah meningkatkan kemudahan perawatan pesakit Covid-19 sekali ganda berbanding bulan lalu. Kini Hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Ringan COVID19 (PKRC) mempunyai 11,076 katil berbanding 6,795 katil awal Oktober lalu.

Menurut Adham lagi, “berikutan pertambahan itu, KKM kini mempunyai 3,505 katil di 43 hospital COVID-19 dan 7,571 katil di 46 PKRC seluruh negara. Sebelum ini hanya terdapat 2,820 katil di hospital dan 3,975 katil di PKRC.”

Justeru Menteri Kesihatan itu meminta rakyat jangan terlalu bimbang kerana kadar penggunaan katil COVID-19 di seluruh negara kini masih terkawal pada 45 peratus di hospital dan 37 peratus di PKRC.

Sehingga semalam jumlah kes aktif ialah 6,323 kes, manakala kes sembuh 245 kes.

KKM turut meningkatkan tahap kesiapsiagaan di Sabah dengan menyediakan katil khusus COVID-19 sebanyak 5,276. Ini adalah peningkatan sebanyak 53% berbanding bilangan katil pada 5 Oktober 2020

“Sebanyak 16 PKRC kini sedia untuk beroperasi di Sabah. Bagi meningkatkan kesiapsiagaan di Sabah juga KKM telah melaksanakan mobilisasi petugas kesihatan ke hospital, klinik kesihatan, pejabat kesihatan daerah dan juga petugas lapangan yang membabitkan 140 pegawai perubatan dan 225 Penolong Pegawai Perubatan,” tambah Adham Baba dalam kenyataan media beliau.

KKM juga bekerjasama dengan Kementerian Pertahanan untuk menyediakan Hospital Medan yang menempatkan 100 katil; membawa sampel ujian COVID-19 ke Semenanjung; dan menerbangkan 75,000 kit ujian RTK-Antigen serta pelbagai peralatan ke Sabah.

Manakala itu, di dalam membuat analisis dan perancangan strategik yang pragmatik, KKM tidak semata-mata menggunakan titik R-naught, tetapi secara komprehensif pakar-pakar KKM di pelbagai peringkat meneliti semua aspek berkaitan, termasuk kadar kebolehjangkitan, kadar kematian, kadar penggunaan katil, ciri-ciri kluster dan nilai korelasi spatio.- SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat