PAS ‘Lembu Kenyang’, Muhyiddin Hilang Kawalan Jika Akur Tuntutan UMNO – Khalid Samad

Agong Sedar Ada Muslihat Politik, Muhyiddin Wajar Berundur Kata Puad

Oleh: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi. PPBM sedang tuduh...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

Tambang Bas Awam Percuma Di Putrajaya -Annuar Musa

PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, mengumumkan tambang bas awam di Putrajaya adalah percuma. " Mulai 1 November 2020 tambah bas awam di...

“Nasionalisme Vaksin” Mungkin Akan Berlaku -WHO

BERLIN: Pemimpin Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menuntut solidariti global bagi menghadapi sebarang kemungkinan terhadap pengagihan vaksin COVID-19 ketika peningkatan kes terus berlaku di seluruh...

Karikatur Hina Nabi: Negara Islam Mula Boikot Produk Perancis

KOPERASI runcit Kuwait telah mula menarik keluar produk Perancis sebagai tanda boikot ke atas negara itu berikutan kontroversi kartun Nabi Muhammad di sebuah kelas...

IPOH – Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hilang kawalan sebagai perdana menteri jika tunduk kepada tuntutan UMNO yang mahukan jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam Kabinet.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, tuntutan UMNO itu merupakan langkah pertama parti itu ke arah menuntut jawatan perdana menteri.

“Kalau Muhyiddin mengalah dengan tuntutan UMNO, ini adalah permulaan kepada kejatuhan beliau. Bulan ini mungkin UMNO minta ini (jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kanan), bulan lain dia akan minta yang lain pula.

“Muhyiddin akan kekal sebagai perdana menteri namun hilang kawalan dalam kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Amanah Perak di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam berkata, UMNO mahukan jawatan timbalan perdana menteri dan portfolio penting dalam kabinet.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, UMNO sebagai penyumbang kerusi yang banyak dalam Perikatan Nasional (PN) wajar mendapat portfolio yang baik.

Tuntutan itu ekoran krisis dalam PN yang bermula apabila UMNO menyatakan hasratnya untuk mempertimbangkan semula sokongan parti itu kepada kerajaan PN.

Menurut Khalid, kemelut politik dalam PN terjadi disebabkan tindakan khianat Muhyiddin dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sekarang Muhyiddin terpaksa berpaut pada UMNO untuk kekal sebagai perdana menteri. Pas pula seperti ‘lembu kenyang’, diam sahaja kerana sudah dapat apa yang mereka mahukan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Khalid berkata, pergolakan politik sekarang membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk menjadi perdana menteri termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, para pemimpin parti seperti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah masing-masing membuka langkah untuk menjadi perdana menteri.

“Dalam keadaan politik yang tidak menentu, apa kemungkinan boleh berlaku, mungkin Anwar boleh menang, mungkin Ku Li, mungkin Zahid, mungkin juga Najib boleh kembali.

“Muhyiddin dan UMNO sedang berunding sekarang dan kita tidak tahu apa yang akan berlaku, semuanya boleh berubah.

“Seperti UMNO, satu ketika dahulu macam sudah nak mati namun dihidupkan kembali oleh Muhyiddin dan Azmin atas sebab pengkhianatan dan pentingkan kedudukan serta jawatan mereka,” katanya. – Utusan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Agong Sedar Ada Muslihat Politik, Muhyiddin Wajar Berundur Kata Puad

Oleh: Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi Muhyiddin mesti kecewa, panas, tidak boleh tidur malam. Pertemuan di rumah beliau malam tadi memang emosi. PPBM sedang tuduh...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

Presiden PAS, MIC adakan pertemuan dengan Muhyiddin

Putrajaya – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri...