30 MP UMNO Sokong Anwar, Hanya Anggaran, Kata Khalid Samad

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata jumlah ahli-ahli parlimen dari UMNO seramai 30 orang yang di dakwa menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini hanyalah bersifat anggaran.

Khalid melalui ciapan di laman Twitter sebentar tadi mengakui tersilap membuat anggaran sambil membetulkan kenyataannya sebelum ini.

“Ada yang tegur, angka 30 MP UMNO tak pernah disebut mana-mana pihak. Saya akui ianya anggaran saya.

“Secara resminya kenyataan saya sepatutnya hanya menyebut “surat sokongan ketua-ketua parti dipersembahkan DSAI kepada YDPA termasuk sejumlah MP UMNO”,”

Terdahulu Khalid ketika sesi wawancara bersama sebuah channel internet malam tadi mendakwa seramai 30 orang ahli parlimen UMNO telah menyatakan sokongan terhadap Anwar.

“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili AMANAH dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.

“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD. Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Kenyataan Khalid itu kemudiannya di bidas Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menyifatkan ia sebagai mengelirukan rakyat.

“Lebih elok Lid simpan anggaran dia kat rumah sahaja. Buat apa nak buat kenyataan tidak berdasarkan fakta untuk mengelirukan rakyat?” soa Najib pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat