Tentera Siber PAS-UMNO Saling Berperang, DAP Jadi ‘King Maker’

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Yang Dipertuan PAS Sungai Buluh, Zaharudin Muhammad merayu agar penyokong parti itu dan UMNO agar berhenti menyerang antara satu sama lain di laman media sosial.

Menurut Zaharudin perkembangan tersebut sangat membimbangkan sambil menggesa agar kedua-dua pihak melakukan ‘gencatan papan kekunci’ bagi meredakan suasana.

“Perkembangan politik mutakhir ini agak membimbangkan. Saya melihat ramai siber trooper PAS dan Umno mula serang menyerang antara satu sama lain. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang patut dan tidak patut berlaku antara parti politik Melayu tanah air mutakhir ini.

“Tetapi apa yang saya ingin seru kepada semua siber trooper PAS dan UMNO supaya meletakkan ‘senjata keyboard’ masing-masing. Banyak perkara ‘untold story’ yang kita tidak tahu di sebalik isu yang sedang hangat sekarang,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Zaharudin turut menegaska. kerjasama antara PAS-UMNO telah terjalin sebelum 2008 lagi, bagi mengekang penguasaan DAP.

“Di kesempatan ini, saya ingin redakan sikit tohmahan terhadap UMNO apabila ada yang mula menuduh ‘UMNO dah lupa diri apabila ada kuasa sedangkan sewaktu mula-mula hilang kuasa hari itu, mereka menyondol kepada PAS untuk minta talian hayat.’

“Tohmahan ini hakikatnya ‘salah’ kerana UMNO telah mula bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS dalam isu-isu umat Islam sejak sebelum Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor dan Penang pada tahun 2008 lagi apabila masing-masing mula menyedari ancaman DAP terhadap umat Islam.

“Pimpinan kedua-dua parti menyedari hakikat ancaman DAP sebelum rakyat dan jentera parti menyedarinya. Akhirnya hari ini, semua kita juga dapat melihat ancaman DAP itu terutama setelah 22 bulan PH memerintah Malaysia. Rakyat menyedarinya lebih 10 tahun lewat berbanding kepimpinan-kepimpinan parti-parti Melayu yang ada,” katanya lagi.

Zaharudin turut menegaskan perbalahan yang berterusan ini hanya akan merugikan PAS-UMNO, sekaligus memberi kekuatan kepada DAP untuk menjadi kuasa penentu.

“Ringkasnya, UMNO menyambut baik usaha mengekang ancaman DAP ini pada waktu mereka masih di puncak kuasa, bukan pada waktu mereka hilang kuasa selepas PRU14 sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan siber trooper.

“Semua perlu beringat! Apabila PAS dan UMNO bertelagah, maka PAS rugi, UMNO rugi, semua Melayu juga turut rugi, tetapi yang paling untung ialah DAP kerana pada waktu itu, mereka mula menjadi King Maker apabila umat Islam pecah tiga parti dengan masing-masing memegang komposisi 35 peratus.

“Serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan kita menyelesaikan isu ini. Selama mana tiada keputusan rasmi bertulis, kita perlu berpegang pada piagam yang ditandatangani dengan disaksikan dengan linangan air mata ribuan penyokong kedua-dua parti,” tegasnya pula.

Menantu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut menjelaskan keputusan UMNO untuk menilai semula sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dianggap sebagai salah.

Menurutnya mana-mana parti politik akan turut mengambil pendekatan yang sama sekiranya merasa terancam.

“Kesimpulannya, tindakan UMNO kebelakangan ini tidak boleh dilihat secara negatif kerana persepsi ini adalah pemula kepada keretakan.

“Mungkin tindakan mereka akibat rasa ‘terancam’. Hakikatnya, bukan sahaja UMNO, bukan sahaja parti politik dan manusia, bahkan semua makhluk bertindak agresif apabila mereka mula rasa terancam.

“Justeru itu, perdamaian dan penyatuan memerlukan formula ‘berikan rasa keamanan’ sebagaimana dalam kisah Saidina Hasan dan Muawiyah,” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat