Telahan Khalid Samad Tidak Betul – Zahid Hamidi

- Advertisement -

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan beliau antara 30 orang Ahli Parlimen UMNO yang menandatangani Akuan Bersumpah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Dalam jawapan kepada SuaraTV sebentar tadi, Ahmad Zahid menulis ringkas, “Tak betul KS (ed.- Khalid Samad) punya telahan.

Beberapa hari lepas Khalid ketika sesi wawancara bersama sebuah channel internet  mendakwa seramai 30 orang ahli parlimen UMNO termasuk Ahmad Zahid telah menyatakan sokongan terhadap Anwar.

“Saya difahamkan, selain surat-surat dari Mohamad Sabu yang mewakili AMANAH dan surat Lim Guan Eng yang mewakili DAP, Datuk Seri Anwar juga membawa surat daripada Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyatakan 30 MP Umno, kalau tak silap saya, menyokong Anwar.

“Ia dikemukakan setakat itu sahaja tanpa SD. Namun, saya difahamkan surat Zahid Hamidi ada senarai namanya.” – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat