Keputusan MT UMNO Tidak Sokong Anwar, DAP Tak Pernah Berubah

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bersandiwara dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad yang mendakwa kononnya seramai 30 ahli-ahli parlimen UMNO telah menyokong Anwar.

“Wah! Tak sabar sangat nampaknya Abang Lid nak jadi Menteri balik, sampai terdesak kena bersandiwara juga. Kalau betul 30 orang MP UMNO sokong Anwar, dedahkan nama-nama mereka.

“Dengan YDP Agong pun Anwar Ibrahim boleh bersandiwara dengan hanya membawa ‘NUMBERS’ bukan ‘NAMES’ (senarai nama), apatah lagi rakyat,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Asyraf sehingga hari ini Majlis Tertinggi (MT) UMNO, masih kekal dengan pendirian untuk tidak menyokong Anwar dan rakan sekutunya DAP.

“Seperti yang dipertegaskan, keputusan Majlis Tertinggi UMNO sehingga hari ini tidak pernah berubah iaitu UMNO tidak sesekali menyokong ANWAR dan DAP (No Anwar, No DAP!)

“Apakah kalian mahu Kerajaan PH kembali berkuasa?,” soalnya pula.

MT UMNO dijadualkan untuk bermesyuarat Sabtu ini bagi membincangkan hasil keputusan Biro Politik malam kelmarin untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Ahli MT UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mesyuarat tersebut akan diadakan secara dalam talian berikutan pandemik COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat