869 Kes Baru Covid, Sabah Terus Catat Jangkitan Tertinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 869 kes baharu penularan jangkitan COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negara melonjak sehingga 19,627 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemuanya merupakan kes penularan dalam negara.

“Daripada 869 kes penularan dalam negara, 745 adalah kes melibatkan warganegara manakala 124 kes bukan warganegara,” katanya ketika sidang media pada Sabtu.

Menurut Dr Noor Hisham, Sabah masih mencatatkan negeri tertinggi dengan penularan kes jangkitan COVID-19 iaitu sebanyak 451 kes.

Setakat hari ini, sebanyak 302 kes telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah sebanyak 12,561 kes.

KKM bagaimanapun dengan dukacitanya memaklumkan, terdapat pertambahan empat kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara sebanyak 180 kes.

Mengulas mengenai kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), terdapat sebanyak 91 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan dan daripada angka itu, 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini, sebanyak 99 kes positif COVID-19 sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 31 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat