Gangguan Bekalan Air Libatkan 686 Kawasan Di Selangor, KL – Air Selangor

- Advertisement -

SHAH ALAM – Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) terpaksa dihenti tugas separa untuk kerja pembaikan susulan paip air yang menyalurkan bekalan air terawat mengalami kebocoran.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan, 686 kawasan di Wilayah Petaling, Gombak, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor yang menerima bekalan air terawat dari LRA SSP1 akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran penutupan separa itu.

“Bekalan air akan ditutup pada 9 malam ini dan kerja pembaikan berkenaan dijangka selesai sepenuhnya pada 8 pagi esok.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja pembaikan siap dan sistem rawatan air di loji beroperasi seperti biasa pada 2 petang, esok,” katanya.

Beliau berkata, pengguna disarankan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakan air secara berhemat.

Jelasnya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa, aplikasi Air Selangor, Facebook dan Instagram atau laman web di http://www.airselangor.com. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat