Nak jadi PM kena menang 112 kerusi, elok satukan Melayu dulu – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Pas dan Bersatu agar berhenti berebut jawatan calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN).

Bekas Perdana Menteri itu sebaliknya menasihatkan Pas dan Bersatu supaya berusaha untuk menyatukan Melayu terlebih dahulu berbanding bercakar menamakan calon Perdana Menteri.

“Saya kurang faham kenapa ramai berebut-rebut untuk dinamakan calon Perdana Menteri. Calon tidak akan jadi Perdana Menteri jika partinya tidak menang 112 kerusi.

“Untuk menang 112 kerusi partinya perlu letak lebih dari 112, parti lain pun akan letak calon melawan partinya. Tidak mungkin partinya menang 112 kerusi.

“Tidak mungkin calon Perdana Menteri jadi Perdana Menteri. Tak usahlah berebut-rebut nak jadi calon Perdana Menteri,” seru beliau.

Sebaliknya beliau menyeru agar Pas dan Bersatu berusaha untuk Melayu bersatu.

“Hanya jika Melayu bersatu sahaja baharulah kemenangan boleh dicapai.

“Setelah menang barulah pilihan Perdana Menteri dibuat. Semua yang berbakat boleh bertanding untuk jadi Perdana Menteri,” tegur beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat