Mia Sara elak berdepan media

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Mia Sara mengelak bertemu media susulan video menari di aplikasi TikTok yang dikatakan kurang sesuai digayakan kerana terlihat ketat sehingga mengikut bentuk tubuh.

Mia yang menghadiri program sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, di sini enggan dirinya ditemu bual media.

Mia yang terlebih dahulu didekati jurufoto tidak membenarkan wajahnya dirakamkan melainkan hanya untuk tujuan jenama yang dihadiri pada hari ini.

Dalam masa sama, Mia turut didekati beberapa pegawai perhubungan awam yang ‘memujuknya’ untuk bertemu media, namun tidak berjaya.

Beberapa hari lalu nama Mia menjadi perbualan netizen di media sosial apabila tular video terbaharu memperlihatkan gadis berusia 17 tahun itu menari sakan di aplikasi TikTok.

Dalam video yang dikongsikan seorang pengguna aplikasi itu, Mia yang mengenakan baju berwarna kelabu dan memakai selendang hitam dilihat seronok menari bersama rakannya.

Selain tarian lincah, pemakaian Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan turut menjadi perbualan apabila dikatakan kurang sesuai digayakan.

Bukan sekali mencetuskan kontroversi, Mia pernah ditegur peminat yang kurang senang dengan perubahan penampilan aktres itu pada Ogos lalu.

Malah, ada netizen mempersoalkan mengenai hijab yang dipakai Mia kerana dikatakan semakin singkat berbanding sebelum ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat