HONOR 70 dipuji telefon pengimejan terbaik bawah RM2000

- Advertisement -

DILANCARKAN di Malaysia bulan lalu, telefon pintar pengimejan mercu terbaharu, HONOR 70 menerima sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Meneruskan legasi estetika teknologi siri HONOR N, HONOR 70 turut berinovasi dalam teknologi reka bentuk selain menghalusi keupayaan pengimejannya bagi membawakan pengguna pilihan telefon mudah alih yang lebih baik.

Maka tidak hairanlah mengapa kebanyakan media tempatan memuji peranti ini sebagai telefon kamera terbaik dalam julat harga RM2,000.

Selain muncul di Pameran Elektronik Pengguna Antarabangsa (IFA) yang hanya boleh disertai oleh jenama terbaik di dunia, HONOR turut diiktiraf di peringkat global apabila memenangi 35 anugerah.

HONOR 70 turut menyumbang 21 anugerah antaranya Anugerah Produk Elektronik Pengguna Terbesar Dunia (EISA) dan Anugerahkan Telefon Paling Berbaloi.

Selain itu, laman media teknologi, Tech Radar turut memuji HONOR 70 sebagai telefon android terbaik tahun ini dengan harga berpatutan dan konfigurasi terbaik terutama dari segi kamera, pemproses dan reka bentuk.

Dwi kamera utama diiktiraf

Sebagai peneraju pengimejan, HONOR 70 memiliki dwi kamera utama yang jarang ditemui dalam julat harganya ini termasuklah kamera IMX800 Super Sensing yang memberikan pengalaman fotografi terbaik dalam keadaan cahaya malap atau membelakangi cahaya.

Menurut pengguna HONOR 70, Muhammad Saufi, dia merasa kagum kerana gambar yang diambil dengan HONOR 70 berharga hanya RM1999 setanding dengan keupayaan fotografi telefon pintar yang menelan belanja ribuan ringgit.

“Paling penting, adalah mengambil gambar anak-anak. Setiap kali melancong, saya mengambil gambar dan video dengan telefon. ​​Jadi. Saya sentiasa memilih telefon yang berupaya mangambil gambar dengan baik seperti HONOR 70.”

Selain kamera, HONOR 70 turut mempunyai penampilan menarik yang mana ia menggunakan proses dwi-filem, tiga corak dan dwi-saduran, serta tekstur berbentuk berlian berkilau apabila cahaya berubah.

“Warnanya sangat cantik. Peranti ini kelihatan berkilau seperti kristal di bawah cahaya selain turut memberikan rasa premium ketika dipegang”, kata pengguna HONOR 70, Wong.

Ungguli pasaran China

Menurut laporan International Data Corporation (IDC), sejak pelancaran HONOR 70, jenama HONOR dalam pasaran China melonjak ke tangga pertama pada suku kedua 2022, sementara siri HONOR Magic4 turut mengukuhkan kedudukan di pasaran premium melebihi US$600.

Selain itu, menurut laporan oleh Strategy Analytics pada 1 Ogos 2022, HONOR menjadi pembekal telefon terbesar di China buat kali pertama dengan bahagian pasaran sebanyak 19 peratus pada suku kedua 2022.

Walaupun trend jualan dan penghantaran industri telefon China tahun ini menunjukkan penurunan mendadak, HONOR dapat menentang trend itu, membuktikan kepercayaan pengguna terhadap jenama tersebut.

Kini, HONOR memperkenalkan tiga siri telefonnya ke Malaysia dan akan terus membangunkan produk ekologi seperti komputer riba dan tablet pada masa hadapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 70, klik pautan ini.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat