Sambutan Hari Malaysia 2022 Manifestasi Kebangkitan Negara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka malam tadi sungguh bermakna, dan mengimbau kembali detik-detik laungan kemerdekaan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj.

Ujarnya, ia menjadi manifestasi kebangkitan negara setelah bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun-tahun sebelumnya.

“Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysiaku,

“Sambutan Hari Malaysia itu menampilkan keunikan tema busana era 50-an dan 60-an yang dipilih bagi meraikan hari memperingati pembentukan Malaysia.” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya pada Sabtu.

Sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat Kebangsaan juga dihadiri Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri (Dr) Hj Mohd Ali Mohd Rustam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Hj Awang Tengah bin Ali Hasan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Menteri-menteri Persekutuan, Exco Kerajaan Melaka, dan Adun-Adun.

Katanya lagi, kehadiran Keluarga Malaysia bersama-sama anak-anak kecil membanjiri Dataran Memorial ini bagi sambutan Hari Malaysia 2022 membuktikan Keluarga Malaysia menjiwai semangat patriotisme yang sangat tinggi.

Katanya lagi, kehadiran Keluarga Malaysia bersama-sama anak-anak kecil membanjiri Dataran Memorial ini bagi sambutan Hari Malaysia 2022 membuktikan Keluarga Malaysia menjiwai semangat patriotisme yang sangat tinggi.

Sesungguhnya, sejarah perjalanan bumi bertuah ini penuh dengan lembaran yang berwarna warni.

Menurut Ismail Sabri lagi, sebagai tanah yang pernah dijajah, hari ini Malaysia berdiri utuh sebagai sebuah negara yang aman, makmur, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan.

Sambutan dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu buat julung kalinya diadakan di Semenanjung dengan Melaka menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat