PM 9: Agong berkenan terima menghadap ketua parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua-ketua parti politik tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membincangkan siapa calon Perdana Menteri kesembilan.

Setakat jam 2 petang Selasa kelihatan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah memasuki Pintu 2 Istana Negara.

Bagaimanapun ketua-ketua parti dari Sabah dan Sarawak belum tiba.

Terdahulu, dilaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong memberi masa kepada ahli-ahli Parlimen sehingga 4 petang esok Rabu, 18 Ogos untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri kesembilan.

Perkara itu disuarakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam kandungan surat akuan memilih calon Perdana Menteri kesembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat