Adham Baba Buat Lawatan Ke MHTC

- Advertisement -

Kuala Lumpur: YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan ke Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) di Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.

Ketibaan Dr Adham telah disambut oleh Puan Sherene Azura Azli, Ketua Pegawai Eksekutif, MHTC bersama pegawai-pegawai MHTC.

Lawatan adalah bertujuan untuk melihat fungsi dan peranan MHTC dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan kepada para pelancong dari luar negara. MHTC juga merupakan pemudahcara bagi industri pelancong kesihatan di antara hospital swasta dengan kerajaan.

Terdahulu, Dr Adham telah melawat dan beramah mesra dengan warga kerja MHTC sambil diberikan taklimat dan penerangan tentang promosi pelancongan kesihatan yang telah dilaksanakan oleh MHTC.

Turut hadir, Puan Dolly Lim Meng Wei, Ketua Pegawai Operasi, MHTC, Puan Nik Yazmin Nik Azman, Ketua Pegawai Komersial, MHTC dan Puan Shobena K. Veerasingam, Naib Presiden, Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat, MHTC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,576FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat