KUALA LUMPUR – Exco Armada Bersatu Muhammad Ashraf Hayup Khan mendakwa kerahan kepada ahli PKR untuk memuat naik gambar bersama Perdana Menteri adalah satu langkah “desperate” dan menunjukan bahawa situasi sebagai retak menanti belah.
Kata beliau, Armada mengambil maklum tentang laporan berita yang tular semalam berkenaan kerahan Setiausaha Wanita Keadilan Malaysia menyeru ahli-ahli untuk membuat hantaran gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim di media sosial untuk menaikan reputasi Perdana Menteri.
“Armada berpendapat bahawa tindakan ini menunjukan bahawa tekanan politik dalaman PKR hampir sampai kemuncak.
“Mereka tidak dapat menahan tekanan yang diberikan oleh rakyat berkenaan kenaikan kos sara hidup, peluasan SST, kenaikan tarif elektrik dan yang terkini peranan Datuk Seri Rafizi Ramli yang mengkritik kerajaan.
“Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini akan mencipta gelombang baru kebangkitan rakyat Malaysia,” katanya.



