Xiaomi atasi Apple

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Syarikat telekomunikasi China, Xiaomi mengatasi Apple sebagai pengeluar telefon pintar kedua terbesar di dunia pada suku kedua 2021.

Menurut perangkaan Canalys, Xiaomi ketika ini menguasai sebanyak 17 peratus pasaran telefon pintar dengan merekodkan peningkatan pertumbuhan tahunan sebanyak 83 peratus.

Canalys turut menyatakan langkah Xiaomi mengubah model perniagaannya serta pelbagai inisiatif yang dilaksanakan seperti penyatuan rakan pengedaran dan pengurusan yang lebih teliti di pasaran terbuka menjadi faktor utama peningkatannya itu.

Xiaomi juga dijangka menggantikan Samsung sebagai pengeluar telefon pintar terbesar di dunia.

Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun berkata, menduduki tempat kedua adalah kejayaan penting dalam sejarah penubuhan Xiaomi.

Beliau berkata, selepas lima tahun berusaha melonjakkan perniagaan dalam keadaan yang sukar, keupayaan produk Xiaomi ditingkatkan dengan ketara.

Katanya, syarikat membuka jalan untuk segmen pasaran premium dan meningkatkan bahagian pasarannya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat