Pahang Longgarkan S.O.P Bagi Operasi Premis Perniagaan Dan Aktiviti Sosial

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah melonggarkan S.O.P bagi operasi premis perniagaan dan aktiviti.  Pahang berjaya mengekalkan status kes sifar COVID-19 bagi tempoh 33 hari berturut-turut pada 16 Julai 2020 dan kes terakhir yang dilaporkan pada 13 Jun 2020 kata Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam catatan facebooknya.

Diantara S.O.P yang diberi kelonggaran oleh kerajaan negeri adalah seperti berikut :-

  1. Pusat Hiburan Keluarga, melibatkan arked permainan/taman ‘funfair indoor”, hiburan pendidikan (edutainment), ‘gym’ permainan kanak-kanak, hiburan permainan berasaskan peralatan mesin dan hiburan teknologi, dan pusat karaoke keluarga. Bagi  Kelab malam, “pub” dan disko masih TIDAK DIBENARKAN.
  2. Gelanggang Sukan dan Rekreasi yang melibatkan acara sukan tiada bersentuhan fizikal (non-contact sports) dan sukan individu tanpa penonton seperti sukan permotoran termasuk perlumbaan permotoran (lumba motorsikal dan kereta) di litar, pertandingan dan kejohanan badminton perseorangan, tenis perseorangan, jimnastik perseorangan, terjun papan anjal, kejohanan catur dan seumpamanya.
  3. Sukan dan Rekreasi Bersentuhan Fizikal (contact sports activity) iaitu sukan berpasukan termasuk bola sepak, ragbi, bola keranjang, takraw, skuasy dan sukan tempur (karate, silat, taekwondo, dan sebagainya).
  4. Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton (local competition and tournament without spectator) hanya dibenarkan mulai 15 Ogos 2020 (seperti Liga Bolasepak Malaysia (MFL) melibatkan Liga Super dan Liga Premier, Liga Sepak Takraw (STL), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan, Liga Ragbi Malaysia (MRL). Penganjuran kejohanan dan pertandingan hanya terhad kepada acara/kejohanan tempatan sahaja, tanpa penonton dan tidak melibatkan perhimpunan peserta yang ramai (mass gathering).
  5. Bagi Waktu operasi bagi semua premis perniagaan yang dibenarkan adalah mengikut      lesen perniagaan yang telah diluluskan. Semua premis perniagaan, fasiliti awam dan pelanggan DIWAJIBKAN menggunakan aplikasi MySejahtera atau PahangGo untuk tujuan daftar pergerakan dan semakan kendiri status risiko/kesihatan.
  6. Aktiviti dan acara keagamaan, sosial dan rasmi seperti mesyuarat, perhimpunan, latihan, jemaah masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam adalah mengikut kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial.

Kerajaan Negeri Pahang juga menyediakan portal www.pahang.gov.my bagi memudahkan rakyat negeri Pahang mengetahui segala maklumat berkaitan S.O.P yang ditetapkan oleh kerajaan negeri. Pahang telah merekodkan kumulatif 365 kes positif, 358 kes pulih dan tujuh (7) kematian, kata Wan Rosdy dalam kenyataannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat